KEMBALI....INSHAALLAH.
Syukur alhamdulilah... pengajian Sarjana Pendidikan hampir sampai penghujungnya...even belum totally complete... Thank you Allah. Selamat viva on 16 Dec 2013. Lulus dan layak dianugerahkan Sarjana Pendidikan dengan pindaan yang dicadangkan. Nampak macam dah tapi belum..... Now battle dengan correction pulak untuk memenuhi requirements daripada internal examiner. More or less 2 months InshaAllah .....Moga ada yang terbaik dari Allah S.W.T. Selepas itu bolehlah fokus untuk update blog dan upgrade mana yang perlu.... tidak dapat bantu banyak sedikit pun ok. Sekadar untuk kepuasan sendiri....
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ASMAH
Blog ini disediakan untuk para pelajar Pra U dan rakan-rakan guru Pengajian Perniagaan 1 dan Ekonomi berkongsi informasi.
Wednesday, December 18, 2013
Monday, December 12, 2011
Belum Lunas....
Sehingga hari ini masih banyak 'under construction' dlm blog ini belum aku lunaskan kerana belum habis menuntut.....even bahannya memang dah tersedi ada....angan-angan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan yang sudi belum terlaksana...... tetiba dah menuntut ilmu lain... Semoga aku terus diberi kekuatan dan iltizam yang tinggi oleh Allah s.w.t. Insyallah... Amin.... SPSS inilah yang menjadi sebutan rakan2 sewaktu denganku (apa itu kolerasi... apa itu Alpha Cornbach... apa itu t test.... apa itu ANOVA....maklumlah baru belajar nak buat research... itu tak termasuk rekabentuk kajian, metadologi kajian, sampel, populasi.... dll. Bagi insan-insan yang mahir SPSS.... wah 'kacangnya'. Apa susah key in data.... pilih2 .... tekan.... dptlah jwpn.... pas tu analisa dan tulis report.... mcm senang aje..... . Apa hipotesis kajian anda? apa variable? bersandar? bebas? yang mana dimanipulasi....HEMMM... yang lagi PENTING Kajian Literatur..... cari3x .... baca3x .... sintesis.... dan cari gap/ jurang ilmu.... pendek kat semua SANGAT penting la.....Tapi ingat pesanan seorang lec . ni, "awak punya research bukan nak mengubah dunia". Belajar dulu buat research.... esok dah pandai buatlah sebanyak mana pun research anda nak buat....tul3x sokong.....HEMMMMM... tak masuk lagi apa itu ayat tesis.... ayat topik.....ayat contoh... ayat sokongan..... pemerenganan.... penghujahan.... abstrak ( ciri-ciri abstrak....) Apa lagi ya..... kertas konsep.... kertas cagangan..... kertas kajian.... jurnal.... prosiding.... seminar.... will continue.... after exam.... wish me luck!
Monday, November 21, 2011
Lama ku tingggalkan..
Lama kutinggalkan blog ini bersendirian... semenjak sibuk dengan paper peperiksaan pertengahan tahun 2011... kini peperiksaan STPM 2011 telah pun bermula...masa pantas... perjuangan sebenar sedang dihadapi oleh calon-calon STPM 2011... SELAMAT MENJAWAB....aku pula kini sibuk (not really), sibuk bila menghadap nak menyiapkan tugasan.... "long life learning"....DEBAR, KETAR, SEGAR , MALAR.... silih berganti..... mengejar cita dan menunaikan tanggungjawab dan amanah...... terima kasih family, terima kasiih BT KPM , terima kasih kawan-kawan....cerita ceritit kini ... jurnal, kertas konsep, tesis , assigement...... KP, PA . Perancangan dan Penyelidikan.... kuliah sem 1 berbaki 5 minggu lagi.... dikejar dengan assig, paper projek, presentation.... date line... diam tak diam nanti dan sampai study week n exam week.... (week menyiapkan segala kerja sem 1).... Memerlukan iltizam dan menuntun semangat dan kekuatan yang tinggi...
Tuesday, May 31, 2011
Pesanan Solusi......
CARA BELAJAR YANG PALING BERKESAN ADALAH DENGAN MEMPRAKTIKKAN APA YANG KITA PELAJARI. UNTUK MENDAPATKAN PENGALAMAN, ILMU PERLU DIAMALKAN. SETELAH DIAMALKAN BARULAH APA YANG DIPELAJARI DAPAT DIALAMI. PENGALAMAN ITULAH GURU YANG TERBAIK.
Thursday, April 14, 2011
Realiti... Kehidupan......
PENGAKHIRAN SESUATU ADALAH PERMULAAN BAGI SESUATU YANG LAIN... SEHINGGALAH KE SATU DESTINASI YANG KEKAL ABADI....
Sunday, April 10, 2011
Bertemu kembali......
Senja nan indah dudak di jeti
Makan longan bersama laici
Risau dan gundah hatiku ini
Mungkinkah impian jadi realiti
Makan longan bersama laici
Risau dan gundah hatiku ini
Mungkinkah impian jadi realiti
Friday, March 18, 2011
Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia.... Makroekonomi
Perubahan struktur ekonomi Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1980an apabila Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah negara berasaskan pertanian telah mula mengembangkan sektor perindustrian.
Fokus tajuk ini adalah melihat kepada faktor pendorong (tolak dan tarik) dan kesan ke atas terutamanya KDNK dan guna tenaga.
Faktor tolak : Kemerosotan sektor pertanian :
- ketidakstabilan harga komoditi utama
- daya produktiviti rendah
- penyerapan guna tenaga rendah
- pendapatan rendah
- kepupusan sumber asli
Faktor tarik : Peningkatan sumbangan sektor sekunder dan tertier :
- Kestabilan harganya
- produktiviti tinggi
- penyerapan guna tenaga tinggi
- pendapatan tinggi
- saiz pasaran besar/luas
Kesan :
1) Peratus sumbangan sektor pertama kepada KDNKhp merosot
2) Peratus sumbangan sektor ke 2 dan ke 3 kepada KDNKhp meningkat
3) Pelaburan asing dan kepada sektor kedua meningkat
4) Guna tenaga dan KDNkhp naik
5) Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat
6) Upah relatif tinggi di sektor kedua menarik buruh berhijrah pekerjaan
Ditambah faktor tarik : Perkembangan sektor perkilangan
1)Galakan kerajaan ( pelaburan dan infrastruktur)
2)Kestabilan politik dan ekonomi ( mengalakkan pelaburan)
3)Pertambahan FDI
4)Perkembangan industri sokongan ( inst.kewangan dan jaringan pengangkutan)
Fokus tajuk ini adalah melihat kepada faktor pendorong (tolak dan tarik) dan kesan ke atas terutamanya KDNK dan guna tenaga.
Faktor tolak : Kemerosotan sektor pertanian :
- ketidakstabilan harga komoditi utama
- daya produktiviti rendah
- penyerapan guna tenaga rendah
- pendapatan rendah
- kepupusan sumber asli
Faktor tarik : Peningkatan sumbangan sektor sekunder dan tertier :
- Kestabilan harganya
- produktiviti tinggi
- penyerapan guna tenaga tinggi
- pendapatan tinggi
- saiz pasaran besar/luas
Kesan :
1) Peratus sumbangan sektor pertama kepada KDNKhp merosot
2) Peratus sumbangan sektor ke 2 dan ke 3 kepada KDNKhp meningkat
3) Pelaburan asing dan kepada sektor kedua meningkat
4) Guna tenaga dan KDNkhp naik
5) Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat
6) Upah relatif tinggi di sektor kedua menarik buruh berhijrah pekerjaan
Ditambah faktor tarik : Perkembangan sektor perkilangan
1)Galakan kerajaan ( pelaburan dan infrastruktur)
2)Kestabilan politik dan ekonomi ( mengalakkan pelaburan)
3)Pertambahan FDI
4)Perkembangan industri sokongan ( inst.kewangan dan jaringan pengangkutan)
Subscribe to:
Posts (Atom)