Monday, December 27, 2010

Usia Sebulan... Blogku..

Need to update more n more...
Hari semakin menghampiri 'buka sekolah'
Many things still under construction...

Tuesday, December 21, 2010

sambungan.... Perakaunan Pendapatan Negara..

Konsep Part II (sambungan)

Pendapatan Negara Nominal (Y1) dan Pendapatan Negara Benar (Yo)
Y1 - juga dikenali dengan Pendapatan Negara Semasa
Yo - juga dikenali dengan Pendapatan Negara Mengikut Harta Tetap

Y0
- TIDAK dipengaruhi oleh perubahan P tetapi hanya DIPENGARUHI oleh perubahan kuantiti keluaran (Q)
-jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara, mengambarkan TARAF HIDUP RAKYAT.

Y1
-nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa
- DIPENGARUHI oleh perubahan P dan Q.

Formula :
Yo = IH0/IH1 x Y1

IH1 - pendeflator/pendeflasi

JIka IH1 > IHo(INFLASI):Y1 > Yo(beri contoh berangka + huraian + kesimpulan)
JIKa IH1 < IHo (DEFLASI) : Y1 < Yo(beri contoh berangka + huraian + kesimpulan) Huraian : kira perbezaan Yo dengan Y1 (> / <) Kesimpulan :keadaan taraf hidup , pengaruh P dan Q ?
Kesimpulan :
- Y0 merupakan pengukur taraf hidup yang LEBIH TEPAT berbanding Y1.
- Perubahan KDNK benar menunjukkan perubahan ekonomi : positif( pertumbuhan ekonomi dan negatif (kemelesetan ekonomi)

Pendapatan Persendirian (PP)
Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam setahun di sesebuah negara.
Formula :
PP = KNB + BP + papp + Papg - uxdb - cus - KWSP


Pendapatan Boleh Guna (Yd)
Pendapatan persendirian yang dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan atau ditabungkan
Formula :
Yd = PP - cukai pendapatan perseorangan

Pendapatan Per Kapita (PPK)
Pendapatan PURATA setiap penduduk di sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Formula :
PPK benar tahun t = Pendapatan negara benar tahun t / Jumlah penduduk tahun t

Kebaikan PPK
-ambil kira jumlah penduduk
-ambil kira P

Kelemahan PPK
-TIDAK ambi kira pengagihan pendapatan
-TIDAK ambil kira kos luaran /eksternaliti negatif
-TIDAK ambil kira masalah penangguran/ pertumbuhan gunatenaga
-TIDAK ambilkira kualiti barang

Pertumbuhan Kebajikan
= PPK benar1 - PPK benar 0 / PPK benar o x 100%


GAP... agak lama.. menyiapkan kelengkapan sekolah anak2....

Sunday, December 12, 2010

Persekitaran Perniagaan... PP1

6 PERSEKITARAN UMUM
1.Ekonomi
- faktor yang mempengaruhi kuasa belian dan corak penggunaan

2.Persaingan
- persekitaran persaingan mempengaruhi usaha-usaha pemasaran syarikat

3.Sosiobudaya
- institusi seperti keluarga dan masyarakat yang mempengaruhi nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat pengguna

4.Politik dan Perundangan
- undang-undang, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak yang mempengaruhi dan menyekat aktiviti pelbagai organisasi dan individu dalam perniagaan

5.Teknologi
- ciptaan-ciptaan baru seperti rekabentuk produk baru dan peluang pasaran baru yang dihasilkan daripada penggunaan teknologi.

6.Fizikal
- merujuk kepada sumber dan kemudahan infrastruktur

6 PERSEKITARAN TUGAS
1.Pelanggan
- membeli/membayar dan menggunakan produk yang dikeluarkan

2.Pembekal
- membekalkan input ( ex: bahan mentah, peralatan )kepada pengeluar spt : pemborong, peruncit, agen, broker

3.Pembiaya/ pemodal
- merujuk kepada bank, syarikat kewangan,syarikat insurans terlibat dalam urusniaga kewangan yang menanggung risiko dalam urusniaga belian dan jualan barangan

4.Pesaing
- syarikat -syarikat lain dalam industri yang sama

5.Pekerja
merangkumi pekerja peringkat atasan sehingga peringkat bawahan dalam sesebuah organisasi

6.Kerajaan
- menguatkuatkuasakan undang-undang

Sistem Ekonomi Campuran...... Mikro

6 TUJUAN CAMPURTANGAN KERAJAAN
1.Mewujudkan kestabilan ekonomi
- SE Kapitalis gagal mewujudkan ekonomi yang stabil
- Kerajaan campur tangan melalui dasar fiskal dan dasar kewangan
- mencapai pertumbuhan ekonomi pesat, gtp, P stabil dan keseimbangan IP

2.Menyediakan barang awam
- SE Kapitalis tidak menyediakan barang awam : kos tinggi dan tidak untung
- Kerajaan mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara. Cth : pertahanan, pendidikan , lampu jalan dll

3.Mengelakkan amalan monopoli
- Mengurangkan / menghapuskan kuasa monopoli di bawah mekanisme pasar ( menguasai pasaran, P tinggi, kuantiti sedikit)

4.Merapatkan jurang pendapatan masyarakat
- Melalui cukai dan subsidi
- agihan pendapatan seimbang
- sumber kekayaan dapat dinikmati bersama

5.Menghapuskan kesan luaran yang negatif (eksternaliti negatif)
- Melalui perlaksanaan undang-undang dapat menghapuskan/ mengurangkan eksternaliti negatif
- Cth : pencemaran dan kesesakan ( wujud kerana : semata-mata mengejar kepuasan dan keuntungan dan mengabaikan tanggungjawab sosial)

6.Mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang
- Kerajaan menyekat aktiviti bertentangan dengan undang-undang, cth: Dadah dan pelacuran demi kepentingan masyarakat

2 MINGGU USIA BLOGKU HARI INI.....

BENTUK CAMPUR TANGAN KERAJAAN
1. Peraturan dan undang-undang
- Akta , cth : Akta Alam Sekitar 1974
- Harga barang kawalan : gula, tepung, susu
- Mempamerkan harga baran
- Lesen perniagaan

2. Penetuan tingkat Harga
-P max : P < Pe, supaya P tidak terlalu tinggi bagi PENGGUNA -P min : P > Pe, bertujuan menstabilkan pendapatan PENGELUAR. Lebihan SS dibeli oleh kerajaan : stok penimbal / dieksport
-Kuota : menghadkan kuantiti SS pada suatu tingkat Q tertentu. Dapat menambahkan jumlah pendapatan pengguna

3.Percukaian dan subsidi
-Cukai : Y kerajaan naik, Penggunan kurang, kos pengeluaran naik, Qs jatuh
-Subsidi : mengurangkan kos pengeluaran , QS naik
(melibatkan GAMBARAJAH : beban cukai/ faedah subsidi penguna/pengeluar bergantung kepada KEANJALAN DD/SS)

4.Pemilikan kerajaan
- Kerajaan menubuhkan dan memiliknegarakan syarikat tertentu untuk meningkatkan kebajikan masyarakat.

Friday, December 10, 2010

Perakaunan Pendapatan Negara.... Makro

KONSEP PENDAPATAN NEGARA .... Part I
1.KDNK, KNK dan Y (termasuk YL dan BL)
2.KNK dan KNB
3.Harga pasar (hp) dan kos faktor (kf)
4.Yo dan Y1
5.PP, Yd dan PPK

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
-Definisi : nilai output yang dihasilkan oleh ffp dalam negara dalam setahun, tanpa mengira fp milik negara itu atau milik negara asing.
-YL - pendapatan faktor DARI luar negara (campur)
-BL - pendapatan faktor KE luar negara (tolak)

Keluaran Negara Kasar (KNK)
-Definisi : nilai output yang dihasilkan oleh ffp negara itu dalam setahun, tanpa mengira ffp beroperasi dalam atau luar negara.
-Perbezaan antara YL dengan BL ialah YB : pendapatan faktor bersih dalam negara, ( YB = YL - BL)
-Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah YB, (KNK = KDNK + YB) dan sebaliknya (KDNK = KNK - YB)
-Jika YB POSITIF (YL>BL) , KNK > KDNK (Beri contoh berangka)
-Jika YB negatif (YL KDNK (Beri contoh berangka)

Pendapatan Negara
-Definisi: jumlah pendapatan yang diterima oleh penduduk tempatan sesebuah negara dalam setahun

Keluaran Negara Bersih (KNB)
-adalah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.
-Dalam proses pengeluaran, barang modal mengalami penyusutan nilai, merendahkan daya pengeluaran, perlu DITOLAKKAN dalam perakaunan Y negara.
KNB = KNK - susut nilai

Harga Pasar (hp) dan kos faktor (kf)
-Harga pasar: harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.TELAH DICAMPUR CTL dan TOLAK SUBSIDI.
-CTL - Cukai dibayar kepada kerajaan secara tidak langsung (melalui orang tengah, ex: cukai eksport dan cukai import)
-Subsidi - bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar
-Kos faktor : harga barang akhir dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik ffp.BELUM DICAMPUR CTL dan BELUM TOLAK SUBSIDI.
-Perbezaan hp dengan kf ialah CTL - Subsidi.

KDNK/KNK/KNB hp = KDNK/KNK/KNB kf + CTL - subsidi
sebaliknya KDNK/KNK/KNB kf = KDNK/KNK/KNB hp - CTL + subsidi

- Jika CTL > subsidi, hp > kf (beri contoh angka)
- JIka CTL < subsidi, hp < kf (beri contoh angka) - SE pasaran bebas , CTL=0, subsidi=0 FORMULA PENTING
1.KNK = KDNK + YB
2.KDNK = KNK - YB
3.KNB = KNK - susutnilai
4.KDNK/KNK/KNB hp = KDNK/KNK/KNB kf + CTL - subsidi
5.KDNK/KNK/KNB kf = KDNK/KNK/KNB hp - CTL + subsidi

bersambung..............

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432....

diucapkan kepada semua, khususnya kepada pengunjung blog ini. Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat untuk kebaikan kita semua. Insyallah....

Sunday, December 5, 2010

Perniagaan dan Persekitarannya... PP1

Entiti Perniagaan
4 Bentuk :
1.Perniagaan Milikan Tunggal
2.Perkongsian
3.Syarikat
4.Koperasi
Fokus: definisi, bentuk perniagaan,sumber modal,milikan, cara penubuhan (undang-undang), ciri, kebaikan, kelemahan, contoh.
Soalan : ciri, kebaikan, keburukan, undang-undang, perbezaan SAB dengan SSB.

Aktiviti Perniagaan:
Industri
Perdagangan
Kewangan
Perkhidmatan
INDUSTRI - aktiviti melibatkan pengeluaran, menggunakan ffp untuk memproses input kepada output dengan wujud tambah nilai.
Terdiri daripada :
1)Industri Ekstraktif - aktiviti mengeluarkan hasil sumber bahan mentah dari tanah dan laut, ex: pertanian, perikanan, pembalakan
2) Industri perkilangan - aktiviti memproses bahan mentah (industri ekstraktif) kepada bahan boleh digunakan semula samada barang akhir (kegunaan sendiri) atau barang industri (diproses semula jadi produk baru)
PERDAGANGAN - Aktiviti menyediakan barangan supaya mudah didapati oleh pembeli apabila diperlukan, ex ; pemborong dan peruncit (orang tengah penghubung pengeluar dengan pengguna
KEWANGAN - Menyediakan modal pelaburan/modal kerja kepada syarikat.Ex: bank perdagangan, syarikat pelaburan, syarikat kewangan dengan aktiviti : pemgumpulan modal, pelaburan ekuiti, penyediaan kemudahan kredit
PERKHIDMATAN - Menyediakan :
1)faedah kepada orang ramai, Ex: komunikasi,pengangkutan dan penyiaran
2)perkhidmatan profesional dan perdagangan , Ex : guaman, perubatan, pelancongan; broker, kontraktor, agensi pengiklanan.

Sektor
1)Awam
2)Swasta
3)Badan Berkanun
Fokus :definisi/konsep, peranan (/ciri), contoh

Tahap Perniagaan :
1)Primer
2)Sekunder
3)Tertiar
4)Huluan
5)Hiliran
Fokus :Definisi/konsep, contoh
6)Domestik
7)Antarabangsa
Fokus : konsep, sumbangan dan halangan (utk antarabangsa)

Usia... Seminggu Blogku...

Yang Manis Jangan Terus Ditelan
Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

Yang Baik Jadikan Teladan
Yang Buruk Jadikan Sempadan


Anak nyonya membawa raga
Mari menjaja si buah naga
Komen membina cadangan berguna
Hantarkan saja sedia terima

Saturday, December 4, 2010

Konsep dan Masalah... Mikro

FFP
1.Tanah - anugerah alam, sumber alam semula jadi di permukaan/perut bumi,ss tetap dan kekal lokasinya, ganjaran - sewa
2.Buruh - menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, mahir dan tidak mahir,mudah berpindah (mobiliti), berbezak kecekapan, ganjaran - upah
3.Modal - ciptaan manusia: wang, peralatan, jentera dan bahan mentah dalam proses pengeluaran, mobiliti, boleh ditambah/dikurangkan, ganjaran - bunga
4.Pengusaha - kemahiran dan kebolehan mengurus firma,cekap dan menguntungkan, perlu menganggung risiko,peranan pemimpin, perancang,penyelaras dan pengawal, ganjaran - untung.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Definisi : had maksimumtingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masy / negara dengan ffp sedia ada dan tingkat teknologi tertentu.
ANDAIAN:
1.Negara hanya mengeluarkan 2 jenis barang
2.Ffp terhad
3.Teknologi tetap
4.Ekonomi mencapai gtp
2 JENIS KKP:
1.KKP Cembung - KL meningkat- penambahan unit barang (cth: X) menyebabkan ekonomi/ masy melepaskan semakin banyak unit barang Y. Ffp tidak sama cekap.
RAJAH ....(lakar aje)
2.KKP Lurus - KL malar - penambahan unit barang X menyebabkan ekon/masy melepaskan unit barang Y dengan kadar yang sama. Ffp sama cekap.
RAJAH ..... (lakar aje)
5 MAKLUMAT
1.Kekurangan - ffp tidak mencukupi, sebarang titik berada di luar KKP
2.Pilihan - mencapai kecekapan (teknologi dan ekonomi),pergerakan di sepanjang KKP
3.KOs Lepas - pilihan kedua terbaik terpaksa dilepaskan untuk memilih pilihan terbaik, ditunjukkan oleh kecerunan KKP
4.GTP - semua ffp dugunakan sepenuhnya, sebarang kombinasi keluaran atas KKP
5.Pembaziran/pengangguran - ffp tidak digunakan sepenuhnya,sebarang titik berada dalam lingkungan KKP
RAJAH ... (lakar aje)
PERTUMBUHAN EKONOMI
Berlaku dalam jangka panjang menyebabkan KKP beralih ke kanan. Sebab :
1.Perkembangan teknologi
2.Pertambahan ffp
(Jawapan : mesti ada rajah, arah KKP, nama KKP (asal dan Baru)

Pengenalan... Makro

Pembolehubah Makroekonomi
1. Pendapatan Negara
2. Guna tenaga dan tenaga buruh
3. Pengangguran
4. Inflasi
5. Imbangan pembayaran
6. Pertumbuhan ekonomi
7. Pertumbuhan kebajikan

Pendapatan negara - jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun
Guna tenaga - jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pekerjaan prosuktif untuk mengeluarkan output negara.
Tenaga buruh - jumlah penduduk dalam usia kerja (15-64 thn) sedang aktif mencari pekerjaan / sedang aktif bekerja tidak termasuk suri rumah dan pelajar.
Pengangguran - masalah ekonomi yang menunjukkan sebilangan buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.
Inflasi - kenaikan tingkat harga umum berterusan dan tidak terbatas.
Imbangan Pembayaran - penyata kewangan tentang aliran modal dan urusniaga antara negara itu dengan negara lain dalam setahun.
Pertumbuhan ekonomi -peningkatan dan perkembangan kegiatan ekonomi menyebabkab pertambahan barang dan perkhidmatan (KDNK benar) sesebuah negara.
Pertumbuhan kebajikan -kenaikan taraf hidup masyarakat.

4 MATLAMAT DASAR
1.Tingkat gtp - pengangguran min, Y ng max, kebajikan masy max
2.Kestabilan P - mengelakkan inflasi dan deflasi
3.Meningkatkan pertumbuhan ekon - mencipta peluang pekerjaan, keluaran negara dan Y ng bertambah, kebajikan masy baik
4.Meperbaiki IP - menambah rezab pertukaran asing, tambah eksport dan kurang import

BENTUK DASAR
1.Dasar sebelah permintaan - dasar fiskal (G & T), dasar kewangan ( peranan Bank pusat mengubah bekalan wang), dasar kawalan langsung ( ke atas X dan M : tarif , kuota)
2.Dasar sebelah penawaran - cukai Y, cukai input, insentif pelaburan, R & D

Continue... Still Under Construction...

Cuti sekolah cuti semester
Pergi bercuti bersama keluarga
Andai salah, silap my pena
Letak tepi, ambil si berguna

Wednesday, December 1, 2010

Rehat sebentar......

Buah kuini manis sekali
Kain dicarik jadi kerawang
Hidup ini biar berbudi
Budi baik dikenang orang

Try this : STPM 2010

Makro
( B : sol 1) , Tajuk : Pengenalan : Pembolehubah makroekonomi
Terangkan maksud gtp dan kestabilan imbangan perdagangan, serta huraikan matlamat yang ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi.(6)
( C : sol 9) , Tajuk : Keseimbagan Y Ng : AD-AS
Dengan menggunakan gambarajah AD-AS, huraikan kesan perubahan yang berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara.
(a)Kenaikan kadar bunga (5)
(b)Peningkatan teknologi (5)

Try this : STPM 2010

Mikro
(B :sol 1), Tajuk : Pengenalan : KKP
Dengan menggunakan gambarajah KKP, jelaskan konsep kekurangan dan kos lepas.(6)

(C : sol 9), Tajuk :Sistem Ekonomi : Sosialis dan Kapitalis
(a) Terangkan dua kelebihan ekonomi Sosialis berbanding dengan ekonomi Kapitalis.(4)
(b)Huraikan bagaimana kerajaan boleh campurtangan untuk megatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas.(6)

Try this : STPM 2010

PP1 (soalan 2)- Tajuk : Promosi, Pemasaran , Sumber Manusia
(a) Pihak pengurusan Farmasi Utara merancang untuk menubuhkan Kelab Warga Emas yang akan dilancarkan dalam masa 3 bulan. Keahlian kelab dibuka kepada semua induvidu yang berumur 55 tahun ke atas. Ahli kelab layak menikmati pembelian barang pada harga istimewa dan mengumpulkan mata ganjaran untuk ditukar kepada kesihatan percuma.
(i) Jelaskan maksud pengiklanan dan serta dua kelebihan dalam mempromosikan Kelab Warga Emas, Farmasi Utara tersebut.(4)
(ii)Jelaskan maksud publisiti dan serta dua kelebihannya dalam mempromosikan Kelab Warga Emas, Farmasi Utara itu.(4)
(iii)Terangkan 3 ciri pendekatan pemasaran moden berdasrkan fakta dia atas.(9)
(b)Huraikan empat kepentingan penilaian prestasi kerja kepada organisasi.(8)