Monday, December 12, 2011

Belum Lunas....

Sehingga hari ini masih banyak 'under construction' dlm blog ini belum aku lunaskan kerana belum habis menuntut.....even bahannya memang dah tersedi ada....angan-angan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan yang sudi belum terlaksana...... tetiba dah menuntut ilmu lain... Semoga aku terus diberi kekuatan dan iltizam yang tinggi oleh Allah s.w.t. Insyallah... Amin.... SPSS  inilah yang menjadi sebutan rakan2 sewaktu denganku (apa itu kolerasi... apa itu Alpha Cornbach... apa itu t test.... apa itu ANOVA....maklumlah baru belajar nak buat research... itu tak termasuk rekabentuk kajian, metadologi kajian, sampel, populasi.... dll. Bagi insan-insan yang mahir SPSS.... wah 'kacangnya'. Apa susah key in data.... pilih2 .... tekan.... dptlah jwpn.... pas tu analisa dan tulis report.... mcm senang aje..... . Apa hipotesis kajian anda? apa variable? bersandar? bebas? yang mana dimanipulasi....HEMMM... yang lagi  PENTING  Kajian Literatur..... cari3x .... baca3x .... sintesis.... dan cari gap/ jurang ilmu.... pendek kat semua SANGAT penting la.....Tapi ingat pesanan seorang lec . ni, "awak punya research bukan nak mengubah dunia". Belajar dulu buat research.... esok dah pandai buatlah sebanyak mana pun research anda nak buat....tul3x sokong.....HEMMMMM... tak masuk lagi apa itu ayat tesis.... ayat topik.....ayat contoh... ayat sokongan..... pemerenganan.... penghujahan.... abstrak ( ciri-ciri abstrak....) Apa lagi ya..... kertas konsep.... kertas cagangan..... kertas kajian.... jurnal.... prosiding.... seminar.... will continue.... after exam.... wish me luck!

Monday, November 21, 2011

Lama ku tingggalkan..

Lama  kutinggalkan blog ini bersendirian... semenjak sibuk dengan paper peperiksaan pertengahan tahun 2011... kini peperiksaan STPM 2011 telah pun bermula...masa pantas... perjuangan sebenar sedang dihadapi oleh calon-calon STPM 2011... SELAMAT MENJAWAB....aku pula kini sibuk (not really), sibuk bila menghadap nak menyiapkan tugasan.... "long life learning"....DEBAR, KETAR, SEGAR , MALAR.... silih berganti..... mengejar cita dan menunaikan tanggungjawab dan amanah...... terima kasih family, terima kasiih BT KPM , terima kasih kawan-kawan....cerita ceritit kini ... jurnal, kertas konsep, tesis , assigement...... KP, PA . Perancangan dan Penyelidikan.... kuliah sem 1 berbaki 5 minggu lagi.... dikejar dengan assig, paper projek, presentation.... date line... diam tak diam nanti dan sampai study week n exam week.... (week menyiapkan segala kerja sem 1).... Memerlukan iltizam dan menuntun semangat dan kekuatan yang tinggi...

Tuesday, May 31, 2011

Pesanan Solusi......

CARA BELAJAR YANG PALING BERKESAN ADALAH DENGAN MEMPRAKTIKKAN APA YANG KITA PELAJARI. UNTUK MENDAPATKAN PENGALAMAN, ILMU PERLU DIAMALKAN. SETELAH DIAMALKAN BARULAH APA YANG DIPELAJARI DAPAT DIALAMI. PENGALAMAN ITULAH GURU YANG TERBAIK.

Thursday, April 14, 2011

Realiti... Kehidupan......

PENGAKHIRAN SESUATU ADALAH PERMULAAN BAGI SESUATU YANG LAIN... SEHINGGALAH KE SATU DESTINASI YANG KEKAL ABADI....

Sunday, April 10, 2011

Bertemu kembali......

Senja nan indah dudak di jeti
Makan longan bersama laici
Risau dan gundah hatiku ini
Mungkinkah impian jadi realiti

Friday, March 18, 2011

Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia.... Makroekonomi

Perubahan struktur ekonomi Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1980an apabila Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah negara berasaskan pertanian telah mula mengembangkan sektor perindustrian.
Fokus tajuk ini adalah melihat kepada faktor pendorong (tolak dan tarik) dan kesan ke atas terutamanya KDNK dan guna tenaga.

Faktor tolak : Kemerosotan sektor pertanian :
- ketidakstabilan harga komoditi utama
- daya produktiviti rendah
- penyerapan guna tenaga rendah
- pendapatan rendah
- kepupusan sumber asli

Faktor tarik : Peningkatan sumbangan sektor sekunder dan tertier :
- Kestabilan harganya
- produktiviti tinggi
- penyerapan guna tenaga tinggi
- pendapatan tinggi
- saiz pasaran besar/luas

Kesan :
1) Peratus sumbangan sektor pertama kepada KDNKhp merosot
2) Peratus sumbangan sektor ke 2 dan ke 3 kepada KDNKhp meningkat
3) Pelaburan asing dan kepada sektor kedua meningkat
4) Guna tenaga dan KDNkhp naik
5) Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat
6) Upah relatif tinggi di sektor kedua menarik buruh berhijrah pekerjaan

Ditambah faktor tarik : Perkembangan sektor perkilangan
1)Galakan kerajaan ( pelaburan dan infrastruktur)
2)Kestabilan politik dan ekonomi ( mengalakkan pelaburan)
3)Pertambahan FDI
4)Perkembangan industri sokongan ( inst.kewangan dan jaringan pengangkutan)

Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara... Makroekonomi

3 Kaedah:
1) KAEDAH KELUARAN(Nilai Ditambah)
-mencampurkan semua nilai ditambah yang diwujudkan oleh sektor ekonomi dalam negara.
Nilai ditambah - pertambahan nilai barang/perkhidmatan selepas melalui proses pengeluaran.
Nilai barang perantaraan TIDAK DICAMPURKAN untuk MENGELAKKAN MASALAH PENGIRAAN DUA KALI
Nilai barang import juga DITOLAK (ambilkira nilai keluaran dalam negara sahaja)
CATATAN : perlu menyediakan jadual nilai ditambah terdiri daripada 4 colum : Jenis keluaran, Keluaran, nilai keluaran dan nilai ditambah
PASTIKAN : Nilai barang akhir = Jumlah nilai ditambah

10 sektor ekonomi (ambilkira sumbangan nilai ditambah):
(2SI, 2S2 dan 6S3)
Sektor Pertama - pertanian , perhutanan dan pertanian
- perlombongan dan kuari
Sektor Kedua - perkilangan / pembuatan
- pembinaan
Sektor ketiga - elec, gas dan air
- pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
- perdagangan b & r, hotel dan restoran
- kew, ins, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
- perkhidmatan kerajaan
- perkhidmatan2 lain
TOLAK : bayaran perkhidmatan bank (MENGELAKKAN PENGIRAAN 2 KALI)
CAMPUR : cukai import (CTL MENAIKKAN P PASARAN)
Data akhir : KDNK hp
Kelebihan :
- mengesan punca keluaran negara mengikut sektor
- membandingkan pencapaian sektor (peratus sumbangan)
- menghitung kada pertumbuhan ekonomi

2)KAEDAH PERBELANJAAN
- mencampurkan jumlah perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli.
Terdiri daripada (6):
Cp, Cg, Ip, Ig,Perubahan inventori, Xb
Data akhir : KNK hp (setelah + Yb)
Catatan : cara jawab soalan : Berikan definisi, item2 dan terangkan setiap item, jadual + contoh angka, jelaskan cara dapatkan KNK hp .

3)KAEDAH PENDAPATAN
- mencampurkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Terdiri daripada (5) :
Gaji dan upah, sewa, bunga bersih, Keuntungan syarikat ( cukai Y syarikat, untung dibahagikan dan untung tidak dibahagikan) dan pendapatan perusahaan persendirian
TIDAK AMBILKIRA : bayaran pindahan ( pendapatan tidak produktif)
Data akhir : KNBkf
Catatan : tidak digunakan di Malaysia kerana masalah pengumpulan maklumat.
Cara menjawab soalan : sama seperti kaedah perbelanjaan

Mac oh! Mac.....

Mac telah melepasi setengah usianya.....
Kelekaan dan kealpaan adalah sia-sia....
Angan-angan dan cita-cita mungkin bermakna...
Andai disusuli usaha penuh citra

Saturday, February 26, 2011

SEDAR TAK SEDAR......

Esok lusa genaplah 3 bulan usia blogku.. asyik menghitung usia.... sedar tak sedar dari kesibukan menjaga exam stp 3 bulan lalu.. result pun dah keluar pada 21 Februari yang lalu.... dua hari sebelum result keluar, rakan2 guru smks dah senyum2 sampai ke telinga... begitulah ceritanya apabila ada 2 orang pelajar cemerlang 4A daripada sekolah kami menerima anugerah di peringkat JPNJ. Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah, dek kesibukan kerja2 sekolah dan tugas sampingan tak berkesempatan nak update blog. TAHNIAH! semua guru2 dan pelajar cemerlang SMKS STPM 2010 khususnya dan di Malaysia amnya.
Alhamdulillah untuk subjek ekonomi (SMKS)sendiri rasanya pencapaian terbaik dari dari segi peratus tetapi tidak bilangan cemerlang mendapat A, kerana hanya 5 orang mendapat A dalam subjek ekonomi berbanding pernah mencapai 9 orang mendapat A. Subjek2 lain pun alhamdulillah naik juga peratus dan GPMP.
Pelajar2 yang berniat untuk meneruskan pembelajaran pilihlah course yang sesuai dan tepat. Mintalah pandangan daripada guru2 dan guru kaunselor...Insyallah kami akan membantu semampu yang boleh... Akhir kata SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN....
"Sharing is Caring, Caring is Loving"
ELAKKAN DIRI DARIPADA " Manis di Depan, Pahit di Belakang"
Ingatan calon STPM 2011, tugas anda seterusnya adalah menggalas amanah untuk mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kecemerlangan tersebut. SELAMAT MAJU JAYA....

Monday, January 31, 2011

2 bulan berlalu....

2 bulan kini usia blogku...

Bawa belajar sebondong buku
Usahlah segan bertanya guru
Akan dilayan persoalan itu
Wahai pelajarku ingatlah selalu
Belajarlah rajin tak kenal jemu
Kelak kejayaan menjadi milikmu

..... cuti bersama homework.....

PP1... Fungsi Perniagaan : Pemasaran

PEMASARAN
Definisi :
Sistem aktiviti perniagaan untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.

8 konsep teras pemasaran :
1) Keperluan :
Keperluan semulajadi dari disi manusia ,juga dipengaruhi oleh pemasran > Cth : KHAM - fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri
2) Kehendak :
Keperluan yang dibentuk oleh budaya dan personaliti. Penduduk Malaysia makan nasi tetapi makan masi yang berbeza-beza
3) Permintaan
Kehendak yang disokong oleh kuasa beli ( kemampuan untuk membeli)
4) Produk
Sesuatu yang ditawarkan di pasaran untuk jualan bagi memenuhi/memuaskan keperluan, kehendak dan permintaan pengguna
5) Pertukaran
Cara untuk mendapatkan sesuatu untuk memuaskan keperluan dan kehendak
6) Transaksi/Urus niaga
Urusniaga natara dua pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka.
7) Nilai
Perbezaan antara faedah memiliki dan menggunakan produk yang dibeli dengan kos untuk mendapatkannya.
8)Pasaran
Himpunan pembeli sedia ada dan bakal pembeli bagi sesuatu produk yang ditawarkan

Semua konsep penting kepada pemasar/pengeluar bertujuan MEMAXKAN UNTUNG.

4 Peringkat Sistem Pemasaran
1) Pembekal : input digunakan menghasilkan produk
2) Syarikat dan pesaing-pesaing : menambah nilai ke atas input untuk membentuk produk
3) Perantara pemasar (orang tengah): memastikan produk sampai kepada pengguna dengan lebih berkesan
4) Pasaran konsumer : produk /output syarikat dibeli oleh pengguna

3 Falsafah Pengurusan Pamasaran

1) Pendekatan Pengeluaran
- syarikat memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan sebanyak yang mungkin untuk memenuhi DD pengguna
2) Pendekatan Penjualan
- syarikat membentuk iklan (kreatif) dan membuat jualan peribadi untuk meyakinkan pengguna untuk membeli produk tersebut.
3) Pendekatan Pemasaran moden
- syarikat akan mengenalpasti dan memuaskan kehendak pengguna (dan pada masa yang sama mencapai matlamat syarikat : keuntungan)

TAMBAHAN : Pendekatan Pemasaran Kemasyarakatan : syarikat perlu lebih peka dengan tindak balas pengguna terhadap produk dan megambil kira contoh : isu kepenggunaan. Maklumbalas dengan memperbaiki produk selaras dengan kehendak pengguna.

Pendekatan Strategik
-merupakan perancangan jangka panjang , menyesuaikan perancangan dengan peluang pasaran.
3 langkah :
1) Mendefinisikan misi syarikat yang sebenar : berorientasikan pengguna dan realistik
2) Membentuk objektif/ matlamat syarikat : sesuatu yang ingin dicapai dan mestilah konsisten, fokus : kepuasan penguna dan keuntungan
3) Menganalisis jenis fortfolio perniagaan yang sedang dijalankan: menilai jenis perniagaan, jabatan syarikat, lini produk, satu jenama/produk.

4 Proses Pemasaran
1) Menganalisis peluang2 pemasaran
2) Memilih sasaran pasaran
3) Membentuk campuran pemasaran (4P)
4) Menguruskan usaha-usaha pemasaran

Sunday, January 23, 2011

PERCAYALAH....... INSYALLAH

Kita akan rasa seronok dan gembira apabila perkara yang HENDAK kita laksanakan DAPAT kita laksanakan. Ia adalah pendorong/MOTIVASI, walaupun ia kecil dan tidak bermakna bagi orang lain.

Saturday, January 22, 2011

Mikro.... Permintaan (DD)

DEFNISI
DD Individu : kesanggupan,keinginan dan kemampuan PEMBELI/PENGGUNA membeli barangan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
DD Pasaran : Gabungan semua DD individu. Kesanggupan, keinginan dan kemampuan SEMUA PEMBELI/PENGGUNA membeli barangan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.

HUKUM DD :
menyatakan P dan Qd berhubungan secara SONGSANG ( P naik, Qd turun; P turun Qd naik)
BUKTIKAN : dengan JADUAL dan RAJAH (keluk DD - mencerun ke bawah dari kiri ke kanan)
Contoh :
Bentukkan jadual dan rajah berdasarkan maklumat di bawah:
Apabila harga barang X RM 1, Qd ialah 9 unit, harga naik kepada RM 2, Qd ialah 6 unit dan apabila harga naik kepada RM 3, Qd ialah 3 unit.
[INGAT: paksi MESTI ada nama LENGKAP dengan UNIT]

FAKTOR hubungan songsang:
a)Faktor barang pengganti (kesan penggantian) [kw : harga relatif]
b)Faktor pendapatan benar (kesan pendapatan benar) [kw: pendapatan benar/ kuasa beli pengguna]
c)Hukum Utiliti sut berkurangan

KELUK DD PASARAN
mencampurkan keluk DD/ Qd pada pelbagai tingkat harga dan jangka masa tertentu secara MENDATAR. Sifatnya : mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan lebih LANDAI.
[Sediakan 2 jadual individu , KIRA DD PASARAN dan plot rajah/ keluk DD individu dan pasaran { 3 rajah selari} ]

FUNGSI DD
Qd = a-bp
dengan Qd - kuantiti diminta
a - kuantiti apabila P = 0
P - tingkat harga
1/b - kecerunan keluk DD
Tanda negatif (-) menunjukkan hubungan SONGSANG P dengan Qd

CARA MEMBENTUK FUNGSI DD (berdasarkan contoh di atas)
1)Ambil 2 kombinasi P dan Qd
2)Masukkan nilai tersebut dalam persamaan (dapat 2 persamaan)
3)Tolakkan persamaan untuk dapat nilai b
4)Masukkan nilai b dalam salah satu persamaan untuk dapat nilai a
5)Masukkan semula nilai a dan b dalam persamaan Qd = a - bp

PERUBAHAN Qd dan PERUBAHAN DD
[rajah dan huraian berdasarkan rajah]
Perubahan Qd
- rajah : keluk, PERGERAKAN DI SEPANJANG KELUK DD
- huraian : disebabkan HARGA BARANG ITU SENDIRI
penguncupan permintaan ( P naik Qd turun)
pengembangan permintaan ( P turun Qd naik)
Perubahan DD
- rajah : keluk, PERALIHAN KELUK ( kanan/kiri)
- huraian : disebabkan FAKTOR SELAIN HARGA BARANG ITU SENDIRI , EX:
citarasa, pendapatan
penambahan DD ( keluk DD ke kanan)
pengurangan DD ( keluk DD ke kiri)

FAKTOR PENENTU DD
a) Harga barang tu sendiri
b) Harga barang lain ( barang pengganti (+), barang penggenap (-), barang
tidak berkaitan (o)) {FOKUS , PENTING}
c) Citarasa pengguna
d) Pendapatan pengguna
Pasaran sahaja
a)Jangkaan masa depan
b) Saiz (jumlah ) dan struktur penduduk
c) Dasar kerajaan
d) Agihan pendapatan