Saturday, January 22, 2011

Mikro.... Permintaan (DD)

DEFNISI
DD Individu : kesanggupan,keinginan dan kemampuan PEMBELI/PENGGUNA membeli barangan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
DD Pasaran : Gabungan semua DD individu. Kesanggupan, keinginan dan kemampuan SEMUA PEMBELI/PENGGUNA membeli barangan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.

HUKUM DD :
menyatakan P dan Qd berhubungan secara SONGSANG ( P naik, Qd turun; P turun Qd naik)
BUKTIKAN : dengan JADUAL dan RAJAH (keluk DD - mencerun ke bawah dari kiri ke kanan)
Contoh :
Bentukkan jadual dan rajah berdasarkan maklumat di bawah:
Apabila harga barang X RM 1, Qd ialah 9 unit, harga naik kepada RM 2, Qd ialah 6 unit dan apabila harga naik kepada RM 3, Qd ialah 3 unit.
[INGAT: paksi MESTI ada nama LENGKAP dengan UNIT]

FAKTOR hubungan songsang:
a)Faktor barang pengganti (kesan penggantian) [kw : harga relatif]
b)Faktor pendapatan benar (kesan pendapatan benar) [kw: pendapatan benar/ kuasa beli pengguna]
c)Hukum Utiliti sut berkurangan

KELUK DD PASARAN
mencampurkan keluk DD/ Qd pada pelbagai tingkat harga dan jangka masa tertentu secara MENDATAR. Sifatnya : mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan lebih LANDAI.
[Sediakan 2 jadual individu , KIRA DD PASARAN dan plot rajah/ keluk DD individu dan pasaran { 3 rajah selari} ]

FUNGSI DD
Qd = a-bp
dengan Qd - kuantiti diminta
a - kuantiti apabila P = 0
P - tingkat harga
1/b - kecerunan keluk DD
Tanda negatif (-) menunjukkan hubungan SONGSANG P dengan Qd

CARA MEMBENTUK FUNGSI DD (berdasarkan contoh di atas)
1)Ambil 2 kombinasi P dan Qd
2)Masukkan nilai tersebut dalam persamaan (dapat 2 persamaan)
3)Tolakkan persamaan untuk dapat nilai b
4)Masukkan nilai b dalam salah satu persamaan untuk dapat nilai a
5)Masukkan semula nilai a dan b dalam persamaan Qd = a - bp

PERUBAHAN Qd dan PERUBAHAN DD
[rajah dan huraian berdasarkan rajah]
Perubahan Qd
- rajah : keluk, PERGERAKAN DI SEPANJANG KELUK DD
- huraian : disebabkan HARGA BARANG ITU SENDIRI
penguncupan permintaan ( P naik Qd turun)
pengembangan permintaan ( P turun Qd naik)
Perubahan DD
- rajah : keluk, PERALIHAN KELUK ( kanan/kiri)
- huraian : disebabkan FAKTOR SELAIN HARGA BARANG ITU SENDIRI , EX:
citarasa, pendapatan
penambahan DD ( keluk DD ke kanan)
pengurangan DD ( keluk DD ke kiri)

FAKTOR PENENTU DD
a) Harga barang tu sendiri
b) Harga barang lain ( barang pengganti (+), barang penggenap (-), barang
tidak berkaitan (o)) {FOKUS , PENTING}
c) Citarasa pengguna
d) Pendapatan pengguna
Pasaran sahaja
a)Jangkaan masa depan
b) Saiz (jumlah ) dan struktur penduduk
c) Dasar kerajaan
d) Agihan pendapatan

No comments:

Post a Comment