Monday, January 31, 2011

PP1... Fungsi Perniagaan : Pemasaran

PEMASARAN
Definisi :
Sistem aktiviti perniagaan untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.

8 konsep teras pemasaran :
1) Keperluan :
Keperluan semulajadi dari disi manusia ,juga dipengaruhi oleh pemasran > Cth : KHAM - fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri
2) Kehendak :
Keperluan yang dibentuk oleh budaya dan personaliti. Penduduk Malaysia makan nasi tetapi makan masi yang berbeza-beza
3) Permintaan
Kehendak yang disokong oleh kuasa beli ( kemampuan untuk membeli)
4) Produk
Sesuatu yang ditawarkan di pasaran untuk jualan bagi memenuhi/memuaskan keperluan, kehendak dan permintaan pengguna
5) Pertukaran
Cara untuk mendapatkan sesuatu untuk memuaskan keperluan dan kehendak
6) Transaksi/Urus niaga
Urusniaga natara dua pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka.
7) Nilai
Perbezaan antara faedah memiliki dan menggunakan produk yang dibeli dengan kos untuk mendapatkannya.
8)Pasaran
Himpunan pembeli sedia ada dan bakal pembeli bagi sesuatu produk yang ditawarkan

Semua konsep penting kepada pemasar/pengeluar bertujuan MEMAXKAN UNTUNG.

4 Peringkat Sistem Pemasaran
1) Pembekal : input digunakan menghasilkan produk
2) Syarikat dan pesaing-pesaing : menambah nilai ke atas input untuk membentuk produk
3) Perantara pemasar (orang tengah): memastikan produk sampai kepada pengguna dengan lebih berkesan
4) Pasaran konsumer : produk /output syarikat dibeli oleh pengguna

3 Falsafah Pengurusan Pamasaran

1) Pendekatan Pengeluaran
- syarikat memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan sebanyak yang mungkin untuk memenuhi DD pengguna
2) Pendekatan Penjualan
- syarikat membentuk iklan (kreatif) dan membuat jualan peribadi untuk meyakinkan pengguna untuk membeli produk tersebut.
3) Pendekatan Pemasaran moden
- syarikat akan mengenalpasti dan memuaskan kehendak pengguna (dan pada masa yang sama mencapai matlamat syarikat : keuntungan)

TAMBAHAN : Pendekatan Pemasaran Kemasyarakatan : syarikat perlu lebih peka dengan tindak balas pengguna terhadap produk dan megambil kira contoh : isu kepenggunaan. Maklumbalas dengan memperbaiki produk selaras dengan kehendak pengguna.

Pendekatan Strategik
-merupakan perancangan jangka panjang , menyesuaikan perancangan dengan peluang pasaran.
3 langkah :
1) Mendefinisikan misi syarikat yang sebenar : berorientasikan pengguna dan realistik
2) Membentuk objektif/ matlamat syarikat : sesuatu yang ingin dicapai dan mestilah konsisten, fokus : kepuasan penguna dan keuntungan
3) Menganalisis jenis fortfolio perniagaan yang sedang dijalankan: menilai jenis perniagaan, jabatan syarikat, lini produk, satu jenama/produk.

4 Proses Pemasaran
1) Menganalisis peluang2 pemasaran
2) Memilih sasaran pasaran
3) Membentuk campuran pemasaran (4P)
4) Menguruskan usaha-usaha pemasaran

1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete