Saturday, February 26, 2011

SEDAR TAK SEDAR......

Esok lusa genaplah 3 bulan usia blogku.. asyik menghitung usia.... sedar tak sedar dari kesibukan menjaga exam stp 3 bulan lalu.. result pun dah keluar pada 21 Februari yang lalu.... dua hari sebelum result keluar, rakan2 guru smks dah senyum2 sampai ke telinga... begitulah ceritanya apabila ada 2 orang pelajar cemerlang 4A daripada sekolah kami menerima anugerah di peringkat JPNJ. Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah, dek kesibukan kerja2 sekolah dan tugas sampingan tak berkesempatan nak update blog. TAHNIAH! semua guru2 dan pelajar cemerlang SMKS STPM 2010 khususnya dan di Malaysia amnya.
Alhamdulillah untuk subjek ekonomi (SMKS)sendiri rasanya pencapaian terbaik dari dari segi peratus tetapi tidak bilangan cemerlang mendapat A, kerana hanya 5 orang mendapat A dalam subjek ekonomi berbanding pernah mencapai 9 orang mendapat A. Subjek2 lain pun alhamdulillah naik juga peratus dan GPMP.
Pelajar2 yang berniat untuk meneruskan pembelajaran pilihlah course yang sesuai dan tepat. Mintalah pandangan daripada guru2 dan guru kaunselor...Insyallah kami akan membantu semampu yang boleh... Akhir kata SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN....
"Sharing is Caring, Caring is Loving"
ELAKKAN DIRI DARIPADA " Manis di Depan, Pahit di Belakang"
Ingatan calon STPM 2011, tugas anda seterusnya adalah menggalas amanah untuk mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kecemerlangan tersebut. SELAMAT MAJU JAYA....