Loading...

Friday, March 18, 2011

Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia.... Makroekonomi

Perubahan struktur ekonomi Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1980an apabila Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah negara berasaskan pertanian telah mula mengembangkan sektor perindustrian.
Fokus tajuk ini adalah melihat kepada faktor pendorong (tolak dan tarik) dan kesan ke atas terutamanya KDNK dan guna tenaga.

Faktor tolak : Kemerosotan sektor pertanian :
- ketidakstabilan harga komoditi utama
- daya produktiviti rendah
- penyerapan guna tenaga rendah
- pendapatan rendah
- kepupusan sumber asli

Faktor tarik : Peningkatan sumbangan sektor sekunder dan tertier :
- Kestabilan harganya
- produktiviti tinggi
- penyerapan guna tenaga tinggi
- pendapatan tinggi
- saiz pasaran besar/luas

Kesan :
1) Peratus sumbangan sektor pertama kepada KDNKhp merosot
2) Peratus sumbangan sektor ke 2 dan ke 3 kepada KDNKhp meningkat
3) Pelaburan asing dan kepada sektor kedua meningkat
4) Guna tenaga dan KDNkhp naik
5) Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat
6) Upah relatif tinggi di sektor kedua menarik buruh berhijrah pekerjaan

Ditambah faktor tarik : Perkembangan sektor perkilangan
1)Galakan kerajaan ( pelaburan dan infrastruktur)
2)Kestabilan politik dan ekonomi ( mengalakkan pelaburan)
3)Pertambahan FDI
4)Perkembangan industri sokongan ( inst.kewangan dan jaringan pengangkutan)

No comments:

Post a Comment