Friday, March 18, 2011

Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia.... Makroekonomi

Perubahan struktur ekonomi Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1980an apabila Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah negara berasaskan pertanian telah mula mengembangkan sektor perindustrian.
Fokus tajuk ini adalah melihat kepada faktor pendorong (tolak dan tarik) dan kesan ke atas terutamanya KDNK dan guna tenaga.

Faktor tolak : Kemerosotan sektor pertanian :
- ketidakstabilan harga komoditi utama
- daya produktiviti rendah
- penyerapan guna tenaga rendah
- pendapatan rendah
- kepupusan sumber asli

Faktor tarik : Peningkatan sumbangan sektor sekunder dan tertier :
- Kestabilan harganya
- produktiviti tinggi
- penyerapan guna tenaga tinggi
- pendapatan tinggi
- saiz pasaran besar/luas

Kesan :
1) Peratus sumbangan sektor pertama kepada KDNKhp merosot
2) Peratus sumbangan sektor ke 2 dan ke 3 kepada KDNKhp meningkat
3) Pelaburan asing dan kepada sektor kedua meningkat
4) Guna tenaga dan KDNkhp naik
5) Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat
6) Upah relatif tinggi di sektor kedua menarik buruh berhijrah pekerjaan

Ditambah faktor tarik : Perkembangan sektor perkilangan
1)Galakan kerajaan ( pelaburan dan infrastruktur)
2)Kestabilan politik dan ekonomi ( mengalakkan pelaburan)
3)Pertambahan FDI
4)Perkembangan industri sokongan ( inst.kewangan dan jaringan pengangkutan)

Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara... Makroekonomi

3 Kaedah:
1) KAEDAH KELUARAN(Nilai Ditambah)
-mencampurkan semua nilai ditambah yang diwujudkan oleh sektor ekonomi dalam negara.
Nilai ditambah - pertambahan nilai barang/perkhidmatan selepas melalui proses pengeluaran.
Nilai barang perantaraan TIDAK DICAMPURKAN untuk MENGELAKKAN MASALAH PENGIRAAN DUA KALI
Nilai barang import juga DITOLAK (ambilkira nilai keluaran dalam negara sahaja)
CATATAN : perlu menyediakan jadual nilai ditambah terdiri daripada 4 colum : Jenis keluaran, Keluaran, nilai keluaran dan nilai ditambah
PASTIKAN : Nilai barang akhir = Jumlah nilai ditambah

10 sektor ekonomi (ambilkira sumbangan nilai ditambah):
(2SI, 2S2 dan 6S3)
Sektor Pertama - pertanian , perhutanan dan pertanian
- perlombongan dan kuari
Sektor Kedua - perkilangan / pembuatan
- pembinaan
Sektor ketiga - elec, gas dan air
- pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
- perdagangan b & r, hotel dan restoran
- kew, ins, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
- perkhidmatan kerajaan
- perkhidmatan2 lain
TOLAK : bayaran perkhidmatan bank (MENGELAKKAN PENGIRAAN 2 KALI)
CAMPUR : cukai import (CTL MENAIKKAN P PASARAN)
Data akhir : KDNK hp
Kelebihan :
- mengesan punca keluaran negara mengikut sektor
- membandingkan pencapaian sektor (peratus sumbangan)
- menghitung kada pertumbuhan ekonomi

2)KAEDAH PERBELANJAAN
- mencampurkan jumlah perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli.
Terdiri daripada (6):
Cp, Cg, Ip, Ig,Perubahan inventori, Xb
Data akhir : KNK hp (setelah + Yb)
Catatan : cara jawab soalan : Berikan definisi, item2 dan terangkan setiap item, jadual + contoh angka, jelaskan cara dapatkan KNK hp .

3)KAEDAH PENDAPATAN
- mencampurkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Terdiri daripada (5) :
Gaji dan upah, sewa, bunga bersih, Keuntungan syarikat ( cukai Y syarikat, untung dibahagikan dan untung tidak dibahagikan) dan pendapatan perusahaan persendirian
TIDAK AMBILKIRA : bayaran pindahan ( pendapatan tidak produktif)
Data akhir : KNBkf
Catatan : tidak digunakan di Malaysia kerana masalah pengumpulan maklumat.
Cara menjawab soalan : sama seperti kaedah perbelanjaan

Mac oh! Mac.....

Mac telah melepasi setengah usianya.....
Kelekaan dan kealpaan adalah sia-sia....
Angan-angan dan cita-cita mungkin bermakna...
Andai disusuli usaha penuh citra