Saturday, December 4, 2010

Konsep dan Masalah... Mikro

FFP
1.Tanah - anugerah alam, sumber alam semula jadi di permukaan/perut bumi,ss tetap dan kekal lokasinya, ganjaran - sewa
2.Buruh - menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, mahir dan tidak mahir,mudah berpindah (mobiliti), berbezak kecekapan, ganjaran - upah
3.Modal - ciptaan manusia: wang, peralatan, jentera dan bahan mentah dalam proses pengeluaran, mobiliti, boleh ditambah/dikurangkan, ganjaran - bunga
4.Pengusaha - kemahiran dan kebolehan mengurus firma,cekap dan menguntungkan, perlu menganggung risiko,peranan pemimpin, perancang,penyelaras dan pengawal, ganjaran - untung.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Definisi : had maksimumtingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masy / negara dengan ffp sedia ada dan tingkat teknologi tertentu.
ANDAIAN:
1.Negara hanya mengeluarkan 2 jenis barang
2.Ffp terhad
3.Teknologi tetap
4.Ekonomi mencapai gtp
2 JENIS KKP:
1.KKP Cembung - KL meningkat- penambahan unit barang (cth: X) menyebabkan ekonomi/ masy melepaskan semakin banyak unit barang Y. Ffp tidak sama cekap.
RAJAH ....(lakar aje)
2.KKP Lurus - KL malar - penambahan unit barang X menyebabkan ekon/masy melepaskan unit barang Y dengan kadar yang sama. Ffp sama cekap.
RAJAH ..... (lakar aje)
5 MAKLUMAT
1.Kekurangan - ffp tidak mencukupi, sebarang titik berada di luar KKP
2.Pilihan - mencapai kecekapan (teknologi dan ekonomi),pergerakan di sepanjang KKP
3.KOs Lepas - pilihan kedua terbaik terpaksa dilepaskan untuk memilih pilihan terbaik, ditunjukkan oleh kecerunan KKP
4.GTP - semua ffp dugunakan sepenuhnya, sebarang kombinasi keluaran atas KKP
5.Pembaziran/pengangguran - ffp tidak digunakan sepenuhnya,sebarang titik berada dalam lingkungan KKP
RAJAH ... (lakar aje)
PERTUMBUHAN EKONOMI
Berlaku dalam jangka panjang menyebabkan KKP beralih ke kanan. Sebab :
1.Perkembangan teknologi
2.Pertambahan ffp
(Jawapan : mesti ada rajah, arah KKP, nama KKP (asal dan Baru)

No comments:

Post a Comment