Friday, December 10, 2010

Perakaunan Pendapatan Negara.... Makro

KONSEP PENDAPATAN NEGARA .... Part I
1.KDNK, KNK dan Y (termasuk YL dan BL)
2.KNK dan KNB
3.Harga pasar (hp) dan kos faktor (kf)
4.Yo dan Y1
5.PP, Yd dan PPK

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
-Definisi : nilai output yang dihasilkan oleh ffp dalam negara dalam setahun, tanpa mengira fp milik negara itu atau milik negara asing.
-YL - pendapatan faktor DARI luar negara (campur)
-BL - pendapatan faktor KE luar negara (tolak)

Keluaran Negara Kasar (KNK)
-Definisi : nilai output yang dihasilkan oleh ffp negara itu dalam setahun, tanpa mengira ffp beroperasi dalam atau luar negara.
-Perbezaan antara YL dengan BL ialah YB : pendapatan faktor bersih dalam negara, ( YB = YL - BL)
-Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah YB, (KNK = KDNK + YB) dan sebaliknya (KDNK = KNK - YB)
-Jika YB POSITIF (YL>BL) , KNK > KDNK (Beri contoh berangka)
-Jika YB negatif (YL KDNK (Beri contoh berangka)

Pendapatan Negara
-Definisi: jumlah pendapatan yang diterima oleh penduduk tempatan sesebuah negara dalam setahun

Keluaran Negara Bersih (KNB)
-adalah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.
-Dalam proses pengeluaran, barang modal mengalami penyusutan nilai, merendahkan daya pengeluaran, perlu DITOLAKKAN dalam perakaunan Y negara.
KNB = KNK - susut nilai

Harga Pasar (hp) dan kos faktor (kf)
-Harga pasar: harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.TELAH DICAMPUR CTL dan TOLAK SUBSIDI.
-CTL - Cukai dibayar kepada kerajaan secara tidak langsung (melalui orang tengah, ex: cukai eksport dan cukai import)
-Subsidi - bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar
-Kos faktor : harga barang akhir dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik ffp.BELUM DICAMPUR CTL dan BELUM TOLAK SUBSIDI.
-Perbezaan hp dengan kf ialah CTL - Subsidi.

KDNK/KNK/KNB hp = KDNK/KNK/KNB kf + CTL - subsidi
sebaliknya KDNK/KNK/KNB kf = KDNK/KNK/KNB hp - CTL + subsidi

- Jika CTL > subsidi, hp > kf (beri contoh angka)
- JIka CTL < subsidi, hp < kf (beri contoh angka) - SE pasaran bebas , CTL=0, subsidi=0 FORMULA PENTING
1.KNK = KDNK + YB
2.KDNK = KNK - YB
3.KNB = KNK - susutnilai
4.KDNK/KNK/KNB hp = KDNK/KNK/KNB kf + CTL - subsidi
5.KDNK/KNK/KNB kf = KDNK/KNK/KNB hp - CTL + subsidi

bersambung..............

No comments:

Post a Comment